BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 17, 2009

PU3 Mohon Maaf Zahir & Batin



KENGKAWAN..SAMA ADE JAUH / DEKAT..
DIWILAYAH UTARA SELATAN
TIMUR DAN BARAT
KU JEJAKI(lirik lagu warisan arwah sudirman)
TERMASUK WILAYAH BORNEO SKLI
(sabah&sarawak)
SMS MMS/BERMACAM2 BER S S S..
ITU FESYEN TAHUN TIKUS..
(tgk kalender taon nie taon lembu..huhu)
MCM TAHUN2 LEPAS..LEPAS JE MAYANG RAYE..
TAK LAIN TAK BUKAN..
BERLAKU PERISTIWA YANG MENYAYAT ATY
(org lain suke..kite duk menagis)
DAH TABIAT SEMULA JADI..
MINTAK AMPUN DOSA NGAN GENG2 KT RUMAH..
TAK LAIN XBUKAN SPE LAGI..
MAK,AYAH (mohon restu konon)
PAK LONG,MK LONG,ANGAH,ACHIK,OPAH,ATUK
DAN SEWAKTU DENGANNYE...
SATU KAMPUNG TAK SAMPAI SEKERAT HARI...
DAH BERPERANG BALIK...HAHAHAHA
(saye le..korang xtaw-berebut nak makan kueh)..
JADI CUCU CIAK ADAM NGN HAWA NIE PADA BULAN YG MULIA..
PU3 NK MINX AMPUN MAAF ZAHIR DAN BATIN..
SEANDAINYE..
SEDAR TAK SEDAR (petikan lagu awie ngn kak ziana)
TELAH MEROBEK HATI KORANG(wlu pn korang terobek jantung PU3)
KORANG SUME DH LAME PU3 MAAFKAN
(korang je xtaw)
OKEY LA..
YG MNE DEKAT JEMPUT DTG KETERATAK BURUK PU3
KT KLUANG,JOHOR(open house)
SLMT HARI RAYA AIDILFITRI...PU3 SAYANG SUME...

Wednesday, September 16, 2009

Berpantun sempena raye loh pulok..


Kelantan...
Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu…
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicoh cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung suke


Pahang…
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor…
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie erk..


Melaka…
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok


N. Sembilan…
Masak lomak cili api
Campo dongan ! daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)


Selangor/K.Lumpur…
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu


Perak…
Gulai tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupai
Pandu hemat ingat kampong
Asal teman selamat sampai


SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN
daripada: pu3

Monday, September 14, 2009

Card raye plak..wat u allz..

Wet raye sudah...kad raye lor pulok kan..kan... Khas wat u allz yg pu3 sayangi...amik lekas k... Pu3 ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin.. o-o Okey..hehe...

Thursday, September 10, 2009

Wet raye tok korang sume..Amik lekas!!

RAYA..
Bila sebut pasal raya,semua ingat Hari Raya
Tapi jangan pulak kita lupa,ada seribu satu kata
Berkait dengan raya,selain Hari Raya
Tak kira apa bangsa,orang Melayu orang Cina
Orang putih atau orang India,orang Timur orang Barat
Diseluruh dunia,ada Hari Raya
Kalai banyak harta benda,orang itu kaya raya
Kalau tempat lalu kereta,itulah jalan raya
Hentian bas ibu kota,itu di Puduraya
Ditengah bandaraya
Kalau banyak jalanraya,dipanggil lebuhraya
Bunga lambnag negara,namanya bunga raya
Tukang menyelenggara,mengawas harta-benda
Jabatan Kerja Raya
Gembira kita dihari raya,makan kenduri dibalai raya
Kalau kita malas nak puasa,kita sama macam hatu raya
Selamat Hari Raya
Selamatlah beraya...
..........Dah nak Raya rupenye..pu3 dan tunang mohon ribuan ampun maaf kepada semua andai kate ade tersilap salah baik dari perbuatan mahupun percakapan..Yang baik datang dari tuhan dan yang buruk datangnye dari diri pu3 sendiri...Same-samelah kite perbaiki silaturrahim sesama KITA selagi hayat masih ade,kite idup pun bukannye lame..yea x??Sayang korang sume mmmuuuaaahhhh.......

Sunday, September 6, 2009

Sekadar Renungan..

BUAT PERINGATAN DIRI KU DAN ANDA SEMUA YANG SERING TERLEPAS PANDANG..
Mungkin entry kali ini agak membosankan tapi baca dan hayatilah..Renung guna "mata hati" , jangan lihat melalui "mata tuli"..

Aku telah menemui sebuah rumah yang usang. Rumah itu hanya berdindingkan buluh bertanggakan batang kelapa. Di serambi rumah itu ada beberapa anak kecil yang kelihatan lesu dan letih. Aku hampiri mereka lalu bertanya kepada yang paling tua antara mereka, seorang abang yang berumur baru kira-kira 11 tahun:

"Mana emak? "
"Mak pergi menoreh," jawabnya..
"Mana bapak?"
"Bapak pergi kerja..."
"Habis tu adik yang kecil ini siapa yang jaga?"

Di situ ada seorang bayi dalam lingkungan umur 5 bulan..

"Adik ini sayalah yang jaga." Jawab budak berkenaan..
"Awak ada berapa orang adik-beradik? "
"Sepuluh"
"Adik ni yang ke berapa?"
"Saya yang kelapan."
"Mana abang-abang kamu pergi?"
"Tolong emak menoreh"
"Adik puasa hari ini?"
"Sama je kakak, puasa ke tidak.. Kami ni makan sekali je sehari..."Jawabnya..

Mendengar kata-kata itu aku sungguh terharu.Lalu aku bertanya lagi..

"Adik bersekolah dimana?"
"Saya tak sekolah.. Emak bapak tak mampu.."
"Bapak kerja apa?"
"Tangkap ikan kat sungai nak buat lauk bukak puasa "

Budak itu memberi tahu, lebih baiklah bulan puasa berbanding bulan lain kerana pada bulan puasa mereka dapat makan kuih. Ada saja orang yang hantar. Aku berlalu dari situ dengan seribu-satu keinsafan. Kebetulan di simpang jalan ada orang menjual daging lembu tempatan. Aku beli satu kilo tulang lembu. Di kedai runcit pula, aku beli rempah sup dan sepuluh kilo beras untuk disedekahkan kepada keluarga itu. Bila saja aku beri barang-barang itu pada adiknya, dia melompat kegembiraan sambil menjerit "Yeh yeh..! Kita dapat makan daging malam ni..!". Aku bertanya kepada si kakak mengapa adiknya girang sangat. Dia memberitahu aku, sejak dari raya korban tahun lepas baru sekarang mereka berpeluang makan daging lembu sekali lagi. Seminggu kemudian aku datang lagi ke rumah itu. Bila mereka melihat aku datang, mereka girang menyambutku di pintu rumah. Kebetulan pada hari itu aku sempat berjumpa dengan ibu mereka. Sungguh menyedihkan cerita yang aku dengar: Anak yang berumur 4 tahun itu memberitahu padaku bahawa mereka sudah seminggu makan sup tulang yang aku berikan hari itu.

"Tiap-tiap hari mak buat sup, sedaplah kakak.."

Aku bertanya kepada emaknya macam mana dia lakukan hinggakan sup itu boleh tahan sampai satu minggu? Dia memberitahu padaku bahawa pada hari pertama dia merebus tulang itu,dia telah berpesan kepada anak-anaknya agar tidak membuangkan tulang yang telah dimakan. Dia kutip semula semua tulang-tulang itu dan merebusnya semula untuk dimakan pada hari berikutnya. Itulah yang dia lakukan setiap hari. Dia berkata..

"Kalau tidak dapat makan isi, hirup air rebusan tulang pun dah lebih dari cukup untuk anak-anak saya. Dia orang suka sangat."
Aku bertanya lagi "Upah menoreh berapa makcik dapat?"
"Cuma RM3.00 sehari."
"Ayahnya bekerja macam mana??"
"Kalau dia dapat ikan itulah yang dibuat lauk setiap hari."

Rupa-rupanya aku terlupa bahawa aku sebenarnya hidup dalam keadaan mewah..Pernahkah anda menghirup air rebusan tulang yang direbus semula sepanjang hidup anda? Atau adakah anda buang saja tulang itu beserta daging-daging yang ada padanya kerana anda kata ianya "TAK SEDAP"? Mungkin kita sudah terbiasa hidup senang hinggakan kita lupa bahawa kalau pun kita susah, masih ramai lagi orang yang lebih susah dari kita...