BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, November 9, 2009

..::AkHiRnYa::..


hobin jang hobin..juara

ombak merah..The Red Warriors


Tahniah dan syabas diucapkan keatas kehandalan
skuad hobin jang hobin..
yang seterusnya menundukkan Kelantan
dengan kemenangan bergaya 3-1
-
-
Mohd Shukor Adan dipilih sebagai Pemain Terbaik
perlawanan akhir Piala Malaysia 2009
Namun perang ''PSIKOLOGI''
sebelum bola sepak final Piala Malaysia 2009 bermula
jelas milik Kelantan yang mencipta
‘LAUTAN MERAH’
apabila ribuan penyokong The Red Warriors
hampir menguasai segenap pelusuk
Stadium Nasional di Bukit Jalil
-
-
Kehadiran penyokong itu yang merentang kain
dan sepanduk buat mengapikan semangat pemain
Kelantan sebelum menentang Negeri Sembilan
mencetus senario penuh berwarna di gelanggang
kira-kira empat jam sebelum saingan
memburu mahkota kejuaraan itu dimulakan..
Dilaporkan..ombak merah memenuhi ruang stadium
iaitu 2/3 atau 70% daripada keseluruhan..
-
-
Antara kain rentang yang terserlah
adalah laungan semangat
‘GOMO KLATE GOMO’
‘40 tahun menanti Piala Malaysia milik kami’
‘The Red Warriors… History in the Making’
Turut kelihatan...
‘Piala Malaysia Hok Kito’
‘Kito anak Kelate’, ‘Wira Merah, Tanah ‘Merah’
‘Mari puok kito, pakat sokong'
-
-
Namun,skuad bimbingan Wan Jamak Wan Hassan
hanya memerlukan masa 18 minit
untuk mendahului Kelantan menerusi jaringan
Shahurain Abu Samah..
sebelum Hairuddin Omar
menambah gol kedua skuad Rusa pada minit ke-46
Gol ketiga pula hadir pada minit ke-59
menerusi tendangan penalti Zaquan Adha Abdul Razak
-
-
Bagaimana pun Kelantan tidak pulang dengan
tangan kosong apabila..
Gol saguhati Kelantan dijaringkan oleh
Ketua Pasukannya...
Indra Putra Mahayuddin
pada minit-minit akhir perlawanan
(NOTES: pu3 tetap sokong M.U..hahaha)